Sunday, March 22, 2015

Terma dan syarat menginap di Isqandar Homestay







1. Isqandar Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja bagi menjaga sensiviti penghuni/penyewa.

2. Sebarang perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum ISLAM serta kegiatan yang menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah  dilarang sama sekali.

3. Percampuran jantina lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah DILARANG sama sekali. Sila maklum bahawa pasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak ada hubungan keluarga atau mahram tidak dibenarkan sama sekali. Jika berkumpulan mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Pihak pengurusan berhak untuk melihat kad pengenalan atau sijil nikah jika timbul kecurigaan. 

4. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.

5. Bayaran deposit RM50 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 3 hari dari tarikh tempahan dibuat. Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.

6. Baki bagi bayaran keseluruhan kos penginapan hendaklah dijelaskan sebelum atau sewaktu penyerahan kunci rumah / homestay ketika daftar masuk.

7. Masa daftar masuk adalah pada jam 2.00 petang dan keluar 12.00 Tengahari.

8. Keselamatan barangan berharga dibawah tanggungjawab penghuni . Oleh itu penghuni dinasihatkan:
a. Membawa bersama barang berharga ketika keluar.
b. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur  waktu siang dan malam.

9. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup suis Air-Cond, kipas, lampu dan peralatan elektrik yang lain apabila keluar meninggalkan rumah.

10. Jumlah penghuni yang menginap di homestay (penyewa dan tetamu mereka) mestilah tidak melebihi 10 orang.

11. Perabot dan kelengkapan yang berada di dalam Isqandar Homestay ini diminta jangan dialihkan atau diambil. Segala keselamatan kelengkapan di dalam homestay ini adalah menjadi tanggungjawab penghuni.

12. Tetamu diminta untuk menghormati hak dan menjaga kelengkapan peralatan/perabot dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh  pihak homestay .

13. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah.

14. Sekiranya penghuni gagal mematuhi peraturan dan syarat yang diberikan, pihak kami berhak mengarahkan supaya premis ini dikosongkan dengan serta merta atau surcaj akan dikenakan. Jumlah surcaj bergantung pada kos kerosakan yang berlaku.

PIHAK ISQANDAR HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN ISQANDAR HOMESTAY

 

Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.
 
Isqandar Homestay
0194954115



No comments:

Post a Comment