Tuesday, January 6, 2015

Kos ubah suai Isqandar Homestay



Rumah yang dibeli adalah rumah second hand, teres 2 tingkat 4 bilik tidur dan 3 bilik air, dah tentu banyak kos baik pulih yang terlibat. Antaranya tandas dan dapur. Kami sepakat untuk mengutamakan ruang2 yang penting terlebih dahulu untuk dibaiki. Kos yang terlibat untuk ubahsuai dapur cecah hampir RM7000 dengan membina dapur , sinki dan tukar tingkap lama ke tingkap baru dan ubahsuai tiles lantai yang warna asalnya adalah pink (sgt gegurl :-).

Baik pulih tandas tidak lah melibatkan kos yang banyak hanya dalam anggaran RM1000  untuk tukar semula paip air yang dh berkarat, penutup toilet bowl yg sgt outtt, :-) dan mengecat dengan warna baru untuk menambah keceriaan.

Disamping itu ruang yang sgt kami fokus untuk keceriaan adalah ruang tamu utama yang berada ditingkat bawah. Tidak banyak yang kami buat diruangan ini, hanya menukar lampu, kipas syiling dan mengecat sahaja. Tapi untuk pemilihan warna cat sahaja sangat mengambil masa yang lama untuk dapat persetujuan suami isteri, :-). Almaklum, masing2 ada pilihan warna tersendiri. Last kali, kami berpakat untuk memilih warna tanah sahaja (warna selamat ) , senang nak matching dengan apa jua warna perabot nanti.

Selain itu, bilik- bilik tidur juga kami memberi sedikit sentuhan yang tidak lah melibatkan kos yang tinggi, hanya mengecat dan baik pulih semula suis plug yang dah rosak dan tidak berfungsi. Untuk kepuasan kegunaan tetamu untuk bermalam nanti , kami dalam cadangan untuk memasang sistem penghawa dingin disamping kipas syiling yang sudah tersedia pasang oleh owner rumah yang lama dahulu untuk setiap bilik.

Ruang-ruang yang juga diambil perhatian adalah ruang parking. Disini pada asalnya tidak kami terfikir untuk diubah suai apatah menambah bumbung (awning). Tapi menjadi cadangan utama kedua orang tua kami untuk memasang bumbung, pasang tiles dan tukar gate kepada gate yg tidak memakan ruang parking. Kos yang terlibat untuk ruang parking, hrmm boleh tahan juga cecah RM8000 ++ , sebab banyak melibatkan penggunaan besi dan pemecahan tembok2 asal untuk dipasang gate baru.

Untuk kos-kos kerja ubah suai ni, memamg melibatkan duit yang banyak umpama mengalir macam air, tapi pejam mata sahaja sebab ubah suai rumah juga dapat meningkatkan nilai hartanah kita untuk masa akan datang sekiranya kita ingin menjual semula pada suatu hari nanti. Kos yang terlibat di atas  tidak termasuk kos nak masuk barang lagi , tapi memandangkan hanya untuk dijadikan homestay, kami hanya akan gunakan sahaja perabot terpakai dan murah.

Untuk kos-kos yang terlibat dalam pembelian perabot dan sistem penghawa dingin nanti akan kami ceritakan pada entri yang seterusnya. Setakat ini kami kongsikan tentang kos ubah suai dahulu. TQ ♥

: Sekiranya anda datang berkunjung ke Sungai Petani, Kedah, jemput datang ke Isqandar Homestay kami di Taman Ria Indah, Sungai Petani :

Jangan segan silu, hubungi kami di 0194954115/0197209023

No comments:

Post a Comment