Tuesday, January 6, 2015

Kelebihan menginap di Isqandar Homestay

 

KEBAIKAN MENGINAP DI HOMESTAY

Walaupun menginap di Homestay mungkin kurang keselesaannya berbanding dengan Hotel tetapi terdapat beberapa kelebihan menginap di Homestay iaitu :


1. Kadar harga sewa homestay jauh lebih murah berbanding di hotel. Dapat sewa sebuah rumah pada kadar harga sebilik Hotel.

2. Mempunyai ruang tamu yang jauh lebih luas.


3. Mempunyai dapur dan peralatan untuk penyediaan menu ringan.


4. Menjimatkan kos makan dan minum dengan cara memasak sendiri.


5. Banyak kemudahan yang tidak disediakan di Hotel ada di homestay seperti peti ais, rice 
cooker, dapur , set meja makan , sofa dan lain-lain.

6. Tidak payah berebut parking, parking yang luas.


7. Boleh memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah berbanding cuma sebuah bilik jika menginap di Hotel.


8. Kadar sewa lebih fleksibel. Jika menginap lebih lama, lebih banyak diskaun diberikan. Jika hotel kadar sewa tetap walaupun menginap lebih lama...





Isqandar Homestay
0194954115/0197209023

Tulang belakang saya untuk permulaan perniagaan homestay

 Ini 2 hero malaya terakhir saya yang banyak memberi semangat dan tulang belakang saya untuk meneruskan dan mengusahakan perniagaan ini. Perniagaan mana yang tiada risiko kan, tapi suami sentiasa memberi kata2 semangat dan banyak membantu dalam menyubnagkan tenaga dan duit juga :-), Alhamdulillah, ♥ u
 Diusia anak saya menjengah 3 tahun, terpaksa ditinggalkan dalam saya dan suami menguruskan sebahagian perancangan untuk perniagaan ini. Kadang kalanya terpaksa juga bawa bersama anak dalam urusan membeli barang dan mencari kontraktor. Oh ya , nama homestay ni bersempena nama anak sulung saya ini Aryan Isqandar, kiranya apa jua yang saya lakukan untuk perniagaan ini memang saya lakukan sungguh2 demi anak dan keluarga tersayang. deep..deep ♥
Dalam apa jua bidang yang kita ceburi pun, pasti dan perlu mempunyai panduan atau tok guru. Tapi saya hanya berpeluang setakat sekarang untuk merujuk pada buku sahaja. Antara buku yang menjadi rujukan saya tentunya buku ini, BUAT DUIT DENGAN BISNES HOMESTAY, yang ditulis oleh Jasaiyani Sa'ad. Memang sangat2 membantu dan memberi tunjuk ajar serta idea. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan sehingga akhirnya.

Isqandar Homestay
0194954115/0197209023

Tentang Sungai Petani, Kedah

 
 
 
Sungai Petani (singkatan Sg. Petani atau "SP") merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

NAMA Bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.

Nama 'Petani' mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud 'perempuan yang suci'. 'Pathini' adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.

Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalaui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort.

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan laluan udara. Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui lebuhraya utara selatan. Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui lebuhraya utara selatan lebih cepat dan selesa. Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jalan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterwoth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani. 

SEJARAH AWAL penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterimapakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.

Pada 01 Ogos 1975 MAJLIS DAERAH KERAJAAN TEMPATAN KUALA MUDA (MDKT. KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

Pada 01 Februari 1978 MAJLIS DAERAH KUALA MUDA (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Sek. 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :-.
• Majlis Bandaran Sungai Petani
• Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai & Tikam Batu.
• Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

MDKM dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan Daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan perlesenan.

NAIK TARAF
===========
SUNGAI PETANI sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 02 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff.,PSM.,SSDK.,DHMS.,JMN.,JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.
Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Cara permulaan perniagaan homestay


Disini saya ingin berkongsi bersama anda bagaimana memulakan perniagaan homestay atau guesthouse. Sebelum memulakan perniagaan homestay anda perlu membuat beberapa kajian. Antaranya adalah :

a. Permintaan setempat / luar kawasan
    - Anda perlu membuat kajian secara rawak kepada penduduk setempat dengan bertanya keperluan homestay dikawasan tersebut.
    - Anda juga boleh membuat (try market online) di dalam laman-laman sesawang homestay.

b. Jumlah sebenar homestay berdekatan kawasan anda
    - Lawati kawasan setempat berkenaan homestay yang telah sedia ada. Anda mungkin akan bersaing dengan homestay yang sedia ada.

c. Kira-kira 
    - Buat sedikit kira-kira kos untuk memulakan perniagaan homestay, Kos senggaran bulanan dan pulangan keuntungan. Anda juga perlu  menetapkan kadar sewaan homestay anda (Harian/ Minggun/ Bulanan).
Sekiranya anda berkeyakinan untuk memulakan perniagaan homestay anda perlu meneliti perkara - perkara tersebut :

a. Kediaman Homestay / Guesthouse
b. Lokasi Homestay
c. Perabot dan hiasan
d. Peralatan Elektrik / Elektronik.
e. Peraturan dan ketetapan Homestay
f. Promosi

a. Kediaman Homestay / Guesthouse
Untuk memulakan sesebuah homestay mestilah mempunyai (sewaan / milik sendiri ) rumah kediaman. Lebih menguntungkan sekiranya anda mempunyai rumah sendiri untuk dijadikan sebuah homestay berbanding dengan sewaan rumah yang mana anda terpaksa berkerja keras mencari pelanggan bagi mendapat pulanggan yang memuaskan. 


Lokasi Homestay
Lokasi juga memainkan peranan yang penting dalam perniagaan homestay. Lokasi kediaman homestay hendaklah berdekatan dengan kawasan tujuan pengunjung dan berhampiran dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai makan. Klinik. Masjid. Petrol pum dan lain-lain lagi. Daripada analisa saya kebanyakan pengunjung berasal luar negeri dan tidak begitu mengetahui selok belok jalan disekitar homestay. Walaubagaimanapun anisetif pemilik homestay perlu menyediakan sedikit bahan rujukan seperti Mini Peta bagi memudahkan pengunjung. Perlu diingat pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan akan kembali mencari anda.

Perabot dan Hiasan 
Sebagai permulaan mengusahakan homestay kecil - kecilan anda sedia maklum berkenaan modal pendahuluan yang terhad. Anda dinasihatkan mengunakan sebaik mungkin modal permulaan. Untuk perabot - perabot homestay saya sediakan beberapa tips :


1. Anda disarankan mencari pembekal tunggal. Ini bermakna anda perlu memborong keseluruhan perabot dari kedai tersebut bagi mendapatkan harga belian yang berpatutan.

2. Cari kedai perabot yang menawarkan pakej perabot 1 rumah. Ini lebih menjimatkan anda.

3. Jangan beli perabot yang mudah koyak, pecah atau patah. Pengunjung tidak akan menjaga kelengkapan homestay seperti mana kepunyaan mereka.

4. Sediakan perabot asas sahaja bagi permulaan pengusahaan homestay.

5. Hias sedikit homestay anda luar dan dalam supaya nampak menarik.

Peralatan Elektrik dan Elektronik
Peralatan elektrik dan elektronik juga sama pentingnya kepada pengunjung. Lebih maju sesuatu peralatan elektrik dan elektronik itu maka lebih tertarik pelanggan untuk menginap. Sedikit tips untuk memilih perlatan elektrik dan elektronik. :

1. Jangan beli peralatan elektrik dan elektronik yang tidak selamat. Ini mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.

2. Buat tinjauan keatas beberapa  kedai elektrik yang menawarkan harga yang berpatutan.

3. Bagi menjimatkan kos permulaan cari kedai yang menjual peralatan elektrik yang terpakai yang masih elok keadaannya.

4. Bagi menjimatkan kos bulanan, cari peralatan elektrik dan elektronik yang mempunyai SAFE ENERGY. Bagi menghadkan penggunaan elektrik berlebihan. 

5. Antara peralatan asas sesebuah homestay :
    a. TV
    b. Peti sejuk
    c. Mesin basuh
    d. Iron
    e. Astro / Antena
    f. Aircond
    g. Kipas celling
    h. Rise cooker
    i. Heater
    j. Water Heater

Peraturan dan ketetapan Homestay
Sebelum memulakan perniagaan homestay anda perlu menetapkan sedikit peraturan dan ketetapan bagi memudahkan anda berurusan dengan pelanggan. Antara yang boleh saya kongsikan adalah :
1. Menetapkan masa daftar masuk ( Check in ) dan daftar keluar ( Check Out)
2. Keperluan wang pendahuluan ( Deposit ) sebagai pengesahan tempahan
3. Menetapkan sedikit wang cagaran.
4. Menetapkan pilihan pelanggan ( Muslim / Nonmuslim )
5. Lain - lain peraturan yang ingin anda nyatakan.

Promosi
Homestay baru perlukan promosi pengiklanan yang hebat. Anda perlu memperbanyakan promosi pengiklanan di internet atau dikawasan setempat. Antaranya adalah :

1. Banner dikawasan sekitar
2. Pengiklanan di internet ( berbayar / percuma )
3. Name Card
4. Mengedarkan flyers dikawasan setempat.
5. Wujudkan blog / facebook / whats app dan lain-lain

Akaun Bank
Anda disarankan memilik beberapa akaun bank yang menjadi kebiasaan pengguna bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran wang pendahuluan. Sebagai contoh :

1. Maybank
2. Cimb Bank
Isqandar Homestay
0194954115/0197209023

Strategi dan pemasaran yang berkesan !

Assalamualaikum...

Apakah strategi dan idea pemasaran yang paling berkesan? 

Alhamdulillah...banyak strategi yang telah saya pelajari masa belajar dahulu termasuk dari semasa ke semasa, juga daripada perkongsian dengan rakan-rakan seperjuangan.. termasuk  pergaulan dengan ramai kenalan usahawan.. 

Namun begitu, saya masih mencari mungkin ada strategi yang lebih baik yang belum pernah terlintas difikiran.. :D .. untuk diuji dan dicuba.. mari kita belajar bersama-sama :D

 Saya nak kongsikan sikit cerita Kilang Ajinomoto : 

Jumlah jualan Ajinomoto, dahulu sangat berbeza dengan sekarang, kenapa?... kisah ini  dikongsi daripada Datuk Pengerusi PERDA semasa ucapan pengenalannya dahulu. 

"Dahulu Kilang Ajinomoto mendapat pulangan yang agak lambat.. sememangnya menghairankan.. jadi satu mesyuarat antara para pegawai atasan dibuat untuk kenalpasti punca masalah.. semua pegawai tak dapat kenalpasti masalah, macam-macam idea lah yang keluar daripada mereka tu..semuanya tak leh pakai... jadi si pengarah ni, sambil memikirkan macam mana nak tingkatkan sales, dia pun terserempak dengan seorang pekerjanya yang hanya si tukang cuci.. sambil bersembang-sembang, si tukang cuci ni, bercakap tentang lubang botol ajinomoto itu yang agak kecil, sering tersumbat, jadi susah nak diguna.. sebabkan itulah, ajinomoto lambat habis.. .. hahaha.. simple betul & slumber ja si tukang cuci tu bagitau, itu saja sebenarnya masalahnya.. 

kan buang masa bermesyuarat berjam-jam memikir cara tah apa-apa,  untuk tingkatkan sales.. senang je kan penyelesaiannya, buatkan saja luang botol yang lebih besar...  cepat habis , cepatlah belian semula dibuat.. 

so, moralnya : kalau ada jalan pendek yang terbaik, gunakanlah, kalau nak selesaikan masalah, pertimbangkan dengan baik dan himpunkan pendapat. Kekurangan atau kelebihan kita, dapat diukur oleh orang lain.. atau dengan kata mudahnya, pengguna produk @ servis tersebut itu sendiri.. yang paling baik, kita hendaklah selalu berlapang dada menerima teguran dan pandangan orang lain... kadang kala kita tak selalunya betul... 
Isqandar Homestay
0194954115/0197209023



Keperluan perabot untuk homestay

Assalamuailaikum

Ok, untuk kawan2 yang baru ingin bermula macam kami untuk memulakan perniagaan homestay. Jom sama2 kita tengok senarai keperluan perabot untuk kemudahan dan kegunaan tetamu kita nanti.

Antaranya :-

Ruang Tamu utama ( tingkat bawah )
  • Sofa
  • TV
  • Kabinet TV
  • ASTRO Injoi
  • Kipas 
  • Air cond ( bergantung pada bajet memasing )
Ruang Dapur  
  • Peti ais
  • Cerek air 
  • Rice cooker
  • Pinggan mangkuk
  • Cawan/gelas
 Sekiranya ingin benarkan tetamu memasak, owner perlu sediakan :-
  • Dapur memasak 
  • Tong gas
  • Peralatan memasak
Bilik tidur utama
  • Katil saiz 'double'
  • Kipas syiling
  • Air cond
Bilik tidur 2
  • Katil saiz 'double'
  • Kipas syiling
  • Air cond
 Bilik tidur 3
  • Katil saiz 'double'
  • Kipas syiling
Bilik tidur 4
  • Katil saiz 'single'
  • Kipas syiling 
Ini antara keperluan asas sebuah homestay, sekiranya anda ada bajet lebih , boleh utamakan pula dari sudut keceriaan dan kecantikan rumah .


Kos ubah suai Isqandar Homestay



Rumah yang dibeli adalah rumah second hand, teres 2 tingkat 4 bilik tidur dan 3 bilik air, dah tentu banyak kos baik pulih yang terlibat. Antaranya tandas dan dapur. Kami sepakat untuk mengutamakan ruang2 yang penting terlebih dahulu untuk dibaiki. Kos yang terlibat untuk ubahsuai dapur cecah hampir RM7000 dengan membina dapur , sinki dan tukar tingkap lama ke tingkap baru dan ubahsuai tiles lantai yang warna asalnya adalah pink (sgt gegurl :-).

Baik pulih tandas tidak lah melibatkan kos yang banyak hanya dalam anggaran RM1000  untuk tukar semula paip air yang dh berkarat, penutup toilet bowl yg sgt outtt, :-) dan mengecat dengan warna baru untuk menambah keceriaan.

Disamping itu ruang yang sgt kami fokus untuk keceriaan adalah ruang tamu utama yang berada ditingkat bawah. Tidak banyak yang kami buat diruangan ini, hanya menukar lampu, kipas syiling dan mengecat sahaja. Tapi untuk pemilihan warna cat sahaja sangat mengambil masa yang lama untuk dapat persetujuan suami isteri, :-). Almaklum, masing2 ada pilihan warna tersendiri. Last kali, kami berpakat untuk memilih warna tanah sahaja (warna selamat ) , senang nak matching dengan apa jua warna perabot nanti.

Selain itu, bilik- bilik tidur juga kami memberi sedikit sentuhan yang tidak lah melibatkan kos yang tinggi, hanya mengecat dan baik pulih semula suis plug yang dah rosak dan tidak berfungsi. Untuk kepuasan kegunaan tetamu untuk bermalam nanti , kami dalam cadangan untuk memasang sistem penghawa dingin disamping kipas syiling yang sudah tersedia pasang oleh owner rumah yang lama dahulu untuk setiap bilik.

Ruang-ruang yang juga diambil perhatian adalah ruang parking. Disini pada asalnya tidak kami terfikir untuk diubah suai apatah menambah bumbung (awning). Tapi menjadi cadangan utama kedua orang tua kami untuk memasang bumbung, pasang tiles dan tukar gate kepada gate yg tidak memakan ruang parking. Kos yang terlibat untuk ruang parking, hrmm boleh tahan juga cecah RM8000 ++ , sebab banyak melibatkan penggunaan besi dan pemecahan tembok2 asal untuk dipasang gate baru.

Untuk kos-kos kerja ubah suai ni, memamg melibatkan duit yang banyak umpama mengalir macam air, tapi pejam mata sahaja sebab ubah suai rumah juga dapat meningkatkan nilai hartanah kita untuk masa akan datang sekiranya kita ingin menjual semula pada suatu hari nanti. Kos yang terlibat di atas  tidak termasuk kos nak masuk barang lagi , tapi memandangkan hanya untuk dijadikan homestay, kami hanya akan gunakan sahaja perabot terpakai dan murah.

Untuk kos-kos yang terlibat dalam pembelian perabot dan sistem penghawa dingin nanti akan kami ceritakan pada entri yang seterusnya. Setakat ini kami kongsikan tentang kos ubah suai dahulu. TQ ♥

: Sekiranya anda datang berkunjung ke Sungai Petani, Kedah, jemput datang ke Isqandar Homestay kami di Taman Ria Indah, Sungai Petani :

Jangan segan silu, hubungi kami di 0194954115/0197209023

Monday, January 5, 2015

Rumah yang dibeli ingin dijadikan homestay atau rumah sewa ?


Tidak dinafikan bahawa harga rumah ketika ini melambung begitu tinggi sekali. Lebih-lebih lagi untuk perumahan yang baru. Ada di antara kita memilih untuk membeli rumah kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Hari ini saya ingin memberikan sedikit pendapat kepada rakan-rakan yang membeli rumah untuk tujuan aset. Pendapat ini adalah melalui pembacaan dan pengalaman dalam mengusahakan homestay. Rakan-rakan rasa lah beli rumah untuk disewakan lebih untung atau sebaliknya?
Pada pendapat saya kedua-duanya sama-sama menguntungkan berdasarkan faktor-faktor berikut :
Kelebihan membeli rumah dan disewakan
1) Anda mempunyai pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika anda sewa pada kadar yang lebih tinggi dari bayaran ansuran rumah bermakna anda telah mempunyai pendapatan pasif setiap bulan.
2) Penyewa bertanggungjawab menjaga rumah anda. Jika dapat penyewa yang baik / pembersih, jaminan kerosakan rumah adalah rendah sekali. Begitu juga yang sebaliknya.
3) Jika anda mempunyai kontrak perjanjian sewaan rumah bersama penyewa bermakna kebarangkalian untuk penyewa tidak membayar sewa / lari adalah rendah sebab penyewa telah terikat dengan anda. Anda boleh mengambil tindakan undang-undang jika penyewa melanggar syarat perjanjian. Contohnya, dalam perjanjian mengatakan jika penyewa berhasrat tidak  menyewa lagi rumah anda maka penyewa perlu memberikan notis 1 bulan supaya anda boleh mencari penyewa yang baru. Jika tidak deposit penyewa adalah hangus.
4) Memerlukan modal yang rendah untuk kos pembaikan rumah. Rumah untuk disewakan tidak perlu nampak sangat mewah. Sekadar cantik, selesa, bersih dan tiada gangguan (paip bocor, pendwaian elektrik yang bermasalh dll)
Kelemahan
1) Jika berlakunya penyewa liat / susah untuk membayar / tidak membayar sewa.
2) Kadangkala penyewa meminta anda mengurangkan kadar sewa bulanan di atas faktor kewangan mereka.
3) Kebarangkalian kerosakan rumah amat tinggi jika penyewa adalah jenis yang tidak mementingkan kebersihan
4) Kadar sewa yang tetap setiap bulan menyebabkan anda tidak boleh melipatgandakan keuntungan pada setiap bulan
5) Jika rumah yang anda beli di kawasan kurang kemudahan awam (sekolah, masjid, pasar raya, kemudahan pengangkutan, kedai runcit dll) kemungkinan untuk anda sewa pada kadar yang lebih tinggi adalah amat sukar sekali. Dalam kata lain, tidak balik modal / rugi.
Kelebihan membeli rumah dan dijadikan homestay
1) Kebarangkalian pengunjung homestay tidak bayar sewa amat rendah sekali jika anda mengamalkan konsep bayar DEPOSIT semasa booking dan bayar BAKI semasa check-in.
2) Kebarangkalian kerosakan rumah amat kurang memandangkan tempoh diduduki tetamu amat singkat.
3) Anda boleh melipatgandakan keuntungan anda pada bila-bila masa dengan cara pemasaran yang baik (iklan di internet, ada laman web/blog homestay, banner, bunting, flyer dan lain-lain)
4) Anda boleh menumpangkan saudara-mara dari kampung jika homestay anda tidak diduduki tetamu. Sekurang-kurangnya mereka selesa bila hendak berkunjung ke rumah anda.
Kelemahan
1) Anda perlu mengupah pekerja yang boleh dipercayai untuk urusan homestay (mengemas, membasuh, check-in, check-out dll). Jika anda rajin anda boleh urus sendiri (lebih untung tapi penat dan mengambil masa anda). Pada saya mengupah pekerja lebih baik berbanding diuruskan sendiri.
2) Kebarangkalian homestay anda tiada tetamu adalah tinggi. Lebih-lebih lagi semasa BUKAN musim cuti sekolah.
3) Anda perlu bersaing dengan mana-mana pengusaha homestay agar homestay anda menjadi pilihan tetamu. Contoh persaingan, anda terpaksa memasang semua bilik dengan sistem penghawa dingin agar homestay anda lebih selesa. Jika anda melakukan tindakan ini, maka anda perlu menaikkan kadar sewaan homestay kerana bil elektrik anda akan turut meningkat. Perlu diingatkan bahawa tidak semua tetamu hendak menyewa homestay dengan kadar yang tinggi! Bermakna sistem penghawa dingin adalah sesuatu yang subjektif.
4) Memerlukan modal yang tinggi sedikit untuk membuat sedikit renovasi rumah (jika rumah lama) dan membeli perabot semasa mula-mula menjalankan bisnes homestay. Berdasarkan pengalaman saya, sekurang-kurangnya anda memerlukan kos sebanyak  RM18,000.00 untuk memulakan bisnes ini.


Akhir kata, di sini saya ingin merumuskan bahawa :

Jika anda mempunyai modal yang besar dan ingin mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi serta anda mempunyai sedikit kemahiran / teknik pemasaran yang baik maka membeli rumah untuk dijadikan homestay adalah paling sesuai untuk anda. Untung Besar dengan Risiko yang Tinggi!

Manakala jika anda adalah jenis yang selesa dengan pendapatan yang tetap setiap bulan maka membeli rumah untuk disewakan adalah pilihan yang tepat untuk anda. Untung Kecil dengan Risiko yang Kecil!

Terima kasih sudi membaca blog saya.

***Jika anda singgah ke Sungai Petani, Kedah, jemputlah singgah ke Homestay saya Isqandar Homestay yang terletak di Taman Ria Indah, Sungai Petani, Kedah , berhampiran IKM Sungai Petani.

Isqandar Homestay In Progress

Ruang dapur utama di ubah suai semula. Bakal dilengkapi dengan satu dapur memasak, peti ais , rice cooker, pemanas air , peralatan memasak dan washing machine .

Permandangan bahagian depan Isqandar Homestay sebelum diubah suai dan di cat semula.

Ciri-ciri bangunan Isqandar Homestay ialah , mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air, 1 dapur dan 2 ruang rehat. Dijangka akan beroperasi bulan Febuari 2015. Nantikan perkhidmatan penginapan sementara dari kami.