a. Permintaan setempat / luar kawasan
- Anda perlu membuat kajian secara rawak kepada penduduk setempat dengan bertanya keperluan homestay dikawasan tersebut.
- Anda juga boleh membuat (try market online) di dalam laman-laman sesawang homestay.
b. Jumlah sebenar homestay berdekatan kawasan anda
- Lawati kawasan
setempat berkenaan homestay yang telah sedia ada. Anda mungkin akan
bersaing dengan homestay yang sedia ada.
c. Kira-kira
- Buat sedikit
kira-kira kos untuk memulakan perniagaan homestay, Kos senggaran bulanan
dan pulangan keuntungan. Anda juga perlu menetapkan kadar sewaan
homestay anda (Harian/ Minggun/ Bulanan).
Sekiranya anda berkeyakinan untuk memulakan perniagaan homestay anda perlu meneliti perkara - perkara tersebut :
b. Lokasi Homestay
c. Perabot dan hiasan
d. Peralatan Elektrik / Elektronik.
e. Peraturan dan ketetapan Homestay
f. Promosi
a. Kediaman Homestay / Guesthouse
Untuk memulakan sesebuah homestay mestilah mempunyai (sewaan / milik sendiri )
rumah kediaman. Lebih menguntungkan sekiranya anda mempunyai rumah
sendiri untuk dijadikan sebuah homestay berbanding dengan sewaan rumah
yang mana anda terpaksa berkerja keras mencari pelanggan bagi mendapat
pulanggan yang memuaskan.
Lokasi Homestay
Lokasi juga memainkan
peranan yang penting dalam perniagaan homestay. Lokasi kediaman homestay
hendaklah berdekatan dengan kawasan tujuan pengunjung dan berhampiran
dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai makan. Klinik. Masjid.
Petrol pum dan lain-lain lagi. Daripada analisa saya kebanyakan
pengunjung berasal luar negeri dan tidak begitu mengetahui selok belok
jalan disekitar homestay. Walaubagaimanapun anisetif pemilik homestay
perlu menyediakan sedikit bahan rujukan seperti Mini Peta bagi
memudahkan pengunjung. Perlu diingat pelanggan yang berpuas hati dengan
perkhidmatan yang disediakan akan kembali mencari anda.
Perabot dan Hiasan
Sebagai permulaan
mengusahakan homestay kecil - kecilan anda sedia maklum berkenaan modal
pendahuluan yang terhad. Anda dinasihatkan mengunakan sebaik mungkin
modal permulaan. Untuk perabot - perabot homestay saya sediakan beberapa
tips :
1. Anda disarankan
mencari pembekal tunggal. Ini bermakna anda perlu memborong keseluruhan
perabot dari kedai tersebut bagi mendapatkan harga belian yang
berpatutan.
2. Cari kedai perabot yang menawarkan pakej perabot 1 rumah. Ini lebih menjimatkan anda.
3. Jangan beli perabot
yang mudah koyak, pecah atau patah. Pengunjung tidak akan menjaga
kelengkapan homestay seperti mana kepunyaan mereka.
4. Sediakan perabot asas sahaja bagi permulaan pengusahaan homestay.
5. Hias sedikit homestay anda luar dan dalam supaya nampak menarik.
Peralatan Elektrik dan Elektronik
Peralatan elektrik dan
elektronik juga sama pentingnya kepada pengunjung. Lebih maju sesuatu
peralatan elektrik dan elektronik itu maka lebih tertarik pelanggan
untuk menginap. Sedikit tips untuk memilih perlatan elektrik dan
elektronik. :
1. Jangan beli peralatan
elektrik dan elektronik yang tidak selamat. Ini mengelakkan dari
sebarang kemalangan yang tidak diingini.
2. Buat tinjauan keatas beberapa kedai elektrik yang menawarkan harga yang berpatutan.
3. Bagi menjimatkan kos permulaan cari kedai yang menjual peralatan elektrik yang terpakai yang masih elok keadaannya.
4. Bagi menjimatkan kos
bulanan, cari peralatan elektrik dan elektronik yang mempunyai SAFE
ENERGY. Bagi menghadkan penggunaan elektrik berlebihan.
5. Antara peralatan asas sesebuah homestay :
a. TV
b. Peti sejuk
c. Mesin basuh
d. Iron
e. Astro / Antena
f. Aircond
g. Kipas celling
h. Rise cooker
i. Heater
j. Water Heater
Peraturan dan ketetapan Homestay
Sebelum memulakan
perniagaan homestay anda perlu menetapkan sedikit peraturan dan
ketetapan bagi memudahkan anda berurusan dengan pelanggan. Antara yang
boleh saya kongsikan adalah :
1. Menetapkan masa daftar masuk ( Check in ) dan daftar keluar ( Check Out)
2. Keperluan wang pendahuluan ( Deposit ) sebagai pengesahan tempahan
3. Menetapkan sedikit wang cagaran.
4. Menetapkan pilihan pelanggan ( Muslim / Nonmuslim )
5. Lain - lain peraturan yang ingin anda nyatakan.
Promosi
Homestay baru perlukan
promosi pengiklanan yang hebat. Anda perlu memperbanyakan promosi
pengiklanan di internet atau dikawasan setempat. Antaranya adalah :
1. Banner dikawasan sekitar
2. Pengiklanan di internet ( berbayar / percuma )
3. Name Card
4. Mengedarkan flyers dikawasan setempat.
5. Wujudkan blog / facebook / whats app dan lain-lain
Akaun Bank
Anda disarankan memilik
beberapa akaun bank yang menjadi kebiasaan pengguna bagi memudahkan
pelanggan membuat pembayaran wang pendahuluan. Sebagai contoh :
1. Maybank
2. Cimb Bank
Isqandar Homestay
0194954115/0197209023
No comments:
Post a Comment